Event: Fundamentals and Building of Quadrotor Drone Bersama UMT-Petrosains

En. Kamaruddin Kassim, Cik Nurhidayah Nordin, Dr. Ahmad Faisal Ayob & En. Shah Johari
Standard

Pada 3 Julai yang lepas, saya telah menyampaikan sebuah bengkel latihan yang diberi nama Fundamentals and Building of Quadrotor Drone. Event ini telah dijalankan di Universiti Malaysia Terengganu, yang mana ia dihadiri oleh jemputan dari Petrosains dan ahli-ahli kumpulan penyelidikan saya iaitu Ocean Robotics & Optimization Group.

Bengkel Latihan ini dipecahkan kepada beberapa bahagian, iaitu; pengenalan asas elektronik & robotik, pengenalan kepada konsep quadrotor drone dan amali pemasangan quadrotor drone.

Bengkel amali ini adalah yang pertama seumpamanya diadakan di Universiti Malaysia Terengganu, dan mungkin pertama di Malaysia :-)

Setiap peserta diberikan peluang untuk menerbangkan sendiri model drone dan juga diberikan sijil penyertaan.

Ucapan terima kasih saya sampaikan kepada para peserta, iaitu; Petrosains Outreach Programmes Department Director, En Kamaruddin Kassim (KK), Cik Nurhidayah Nordin (Hani), En. Johan Shah Arif (Joe), Cik Tengku Hafidah Tengku Hussian, En. Ahmad Israr Ihsan Mainong dan Dr. Syibrah di atas penglibatan mereka di dalam bengkel latihan ini.

InsyaAllah, bengkel ini akan diperluaskan lagi mengikut demand kepada peserta-peserta bermula dari peringkat lepasan SPM, universiti dan masyarakat umum.

Sambungan Ardurover (APM 2.5 dan Receiver Spektrum AR 600)

Standard

Di dalam wiki Ardurover, ada diterangkan berkenaan dengan sambungan diantara Receiver (RX) dan RC Input pada APM board. Akan tetapi, di dalam gambarajahnya, ia tidak menerangkan dengan jelas, yang mana satu RX output dari segi Throttle, Rudder dan Auto mode. Bagi mereka yang memerlukan gambarajah grafik, sila rujuk gambar di bawah untuk bantuan.

Sambungan APM 2.5 dengan RX

Sambungan APM 2.5 dengan RX

Lessons Learned from Industrial Visit 2014

20140624-235923-86363629.jpg
Standard

This year I’ve managed to spend my time with some companies for the purpose of formal annual industrial visit, arranged by the university. Last year the most notable company was North Port Berhad (they would like to see Malaysia to develop its own underwater robots and systems). This year I manage to sat down with important people from Katsu Engineering, KJB Sdn Bhd, Sinco Automasi, TGS Maritime Technology and Malaysia Marine Heavy Engineering (MMHE).

Based from the meetings, there are some important lessons that I would like to note:

1- Malaysia used to be the best marine builders (ship, coastal & offshore) in the early 1990′s to 2000. Nowadays, the better services come from Singaporean companies. This is due to the advancement of technologies, the increase of efficiency in sourcing and innovative business strategies. Our undergraduates in School of Ocean Engineering in UMT should be exposed with these knowledge through case studies and practical research in order to match with such capabilities offered by our neighbour.

2- With that said, we should realize that technologies will come and go. However, experiences are things that could not be bought, and needed to be accumulated with time. Therefore, an age well spent is very important to the young engineers.

3- Age itself is something that could not be bought, but a young company can bring in experienced engineers (age 55 and above, post-retirement age) to come and mentor the operational and business aspects. This will introduce the use of best practices, especially regarding the importance of time-keeping, ledger records, work documentations and the dynamics of pricing.

4- Today, a young company could have a mentor, but how about the future? During the establishment of a young company, a system needs to be developed in such sense that if the mentor is not available, the company shall be able to steer itself automatically and maintaining her pace and directions. Therefore the need to have proper web-based data records, marketings, lead and sales in and out, expenditures and closures are critical.

5- Finally, a company should have some modes/strategies for it to at least, survive. It should have long-term vision for 20-40 years ahead in order to develop a culture of success.

Ceramah Asas Robotik di SMK Padang Kemunting

Standard

Hari ini saya telah dijemput untuk datang ke SMK Padang Kemunting, Kuala Terengganu untuk menyampaikan ceramah berkenaan Asas Robotik. Seramai 60 orang pelajar di kalangan penuntut Sains Tulen dan Perakaunan hadir. Ceramah ini juga turut dibantu oleh dua orang pelajar pasca-siswazah saya, Ahmad Israr Ihsan Mainong dan Tengku Hafidah Tengku Hussien. Kami mengakhiri ceramah pendek ini dengan memberi peluang kepada para pelajar untuk menerbangkan AR Drone di dalam perpustakaan SMK Padang Kemunting.

1532158_10152441362779419_5875493955666607925_n

Penerimaan para pelajar dan guru adalah sangat memberangsangkan. Kami sempat beramah mesra dengan guru Kaunseling, Cikgu Fadhlina, guru Fizik, Cikgu Fauziah dan guru bahasa, Cikgu Aida. Kami difahamkan bahawa Cikgu Fauziah adalah sangat aktif dengan aktiviti pertandingan rekacipta kreatif dan inovatif. Pada tahun lepas, SMK Padang Kemunting berjaya merangkul Johan di pertandingan Sains dengan produk mereka, Kereta Solar.

Pada tahun hadapan, SMK Padang Kamunting akan menyertai pertandingan robotik, insyaAllah kumpulan penyelidikan kami, Ocean Robotics Group akan memandu pelajar-pelajar ini dan berkongsi kepakaran semoga mereka berjaya di dalam pertandingan ini.